Saturday, April 27, 2013

Sedar tak sedar

Assalamualaikum

Eeh, dahh ada kawan blog yang dah khawin. Tak tahu kenapa, rasa memang betul lah aku semakin tua. Tidaaaaak. Sebab, setiap kali aku online sama ada facebook ke blog ke mesti ada perkataan KAHWIN, GET MARRIED, BRIDE-TO-BE or apa je yang berkaitan dengan perkahwinan. Well online pun jarang jarang so no wonder lah kan. Tapi terkajut gila gila.

Bayangkan if satu hari korang yang baca blog aku ni, pasal aku kahwin ke, mesti terkejut beruk kan ? Bukan takat beruk, rimau singa burung kambeng pun mengembek tengok aku post macamtu. Mungkin aku sekarang masih macam childish. Maybe lah. Tapi kalau seandainya YA, memang... okay i don't know apa akan jadi.

Hari Khamis masa dalam kelas, cikgu cerita selepas dari from four ni yang ambil aliran science agak senang untuk mencari kerja. Jadi Akauntan ke, Medik ke, Engineer ke... Tapi the prob is kawan cakap "Kahwin ke" Terus cikgu be melenting. Cikgu terus cakap "Awak jangan fikir lepas je kawin itu lah bermula cerita cinta awak ye. Hidup baru bermula lah, apa lah. Macam Romeo Dan Juliet." Me like terkejut. Why cikgu ? Cikgu kan tengah mengandung why cakap mcmtu ? Menyesal ke apa?

Tak. Tapi dia cerita berdasarkan pengalaman dia. Dia cakap bayangkan yang perempuan lepas kahwin awak kena jaga rumah, mungkin biasa. Sekarang dah dilatih. Lepastu kalau awak mengandung. Suami awak cari duit, dia balik mesti awak dah masak. Rumah kena kemas. Bayangkan awak mengandung tambah buat kerja rumah selama 8 Bulan kehulu hilir bawa penyapu sana sini dengan berat dengan patah pinggang. Kalau anak dua tiga biasa kalau anak pertama mesti kena jaga betul. Sayang gila lah time tu. 

Me terfikir, "Betul juga apa cikgu cakap." Dia cuba sampaikan kepada kami bahawa perkahwinan itu bukan sesuatu yang mudah. Perlu 100% mampu mengawal emosi, rohani, fizikal dan terutama mental. Duduk rumah seorang diri, kemas sana sini, penat, selama ni kita dijaga orang, sekarang kita yang jaga orang. Belum lagi kalau dah bersalin cikgu cakap. 100 kali ganda lebih sakit dari kamu ber*k cikgu cakap.

"Dan bayangkan beli barang sana sini, barang bayi, susu lagi. Bayangkan seorang bayi itu perlukan nutrien yang cukup. Bayi tu seorang je, akan bangun setiap tiga jam sekali. Kalau bayi tu tak banyak ragam boleh lah tiga jam sekali, kalau banyak ragam memang tak lena malam kamu. Bayangkan dia meragam, kamu tak tidur, sampai pagi, suami kamu pulak yang kerja, baby meragam lagi, rumah tak kemas lagi.." Itulah yang dia cakap. Aku bayang lah kan, kalau aku jadi mcmtu, sudah lah aku ni jenis kesabaran yang kejap naik kejap turun but aku memang sayang baby, coooooomeel sangat. 

Bayangkan rasa memang betul perlu mental yang kuat dan fizikal. CIkgu cakap bukan just untuk jaga bayi.

"selagi bayi itu belum berumur 4 bulan, jangan harap malam kamu lena." -kata cikgu.

Then dia cakap sebab tu sekarang belajar rajin rajin, dapat duit banyak, kamu boleh sara hidup kamu. Sekarang lelaki kerja tidur je dalam kelas. Semua perempuan yang buat. Tu betul juga kan. Terbukti dalam kelas  sendiri dah nampak lelaki ramai tidur dalam kelas lebih lebih time addmath.

Okay okay btw, just nak cakap. Yang belum kawin jangan gatal nak kawin cepat. Belajar dulu sampai lulus SPM, sampai dapat degree dan sampai dapat kerja dan gaji yang lumayan. Sekian.

No comments: