Wednesday, April 24, 2013

Cepatnya masa berlalu

Assalamualaikum

Hi. Serius sekarang Malaysia ni panas gila. Taktau la apa jadi kan. Tak apa. Well, ni baru balik sekolah. Dari balik sekolah cepat cup cap cup cap terus tarik kerusi dan duduk. Penat sangat. Sepanjang dua minggu terpaksa bawa camera ke hulu ke hilir. Yelah. photografer Pusat Sumber dan Sekolah. Memang ada tugas lah pulak. Belum lagi dengan  cara nak jaga. Cikgu tahu suruh bawa bila kita letak "Eh bukan tanggungjawab saya." Fine. Disebabkan itu aku terpak-e-se lah bawa kesana kemari. Ya Allah, lagi seminggu kuatkanlah bahu ku ini Ya Allah.

Beg punya besar, tak sempat nak cilok masa pergi lowyat ke pergi mid ke cari beg. Tak mengapa. Bawa lah pergi kelas, pergi pusat sumber, pergi rehat, pergi sana pergi sini, Orang orang mesti annoying gila nampak aku. Apatah yang benci aku. Well, ramai juga yang mendaftar jadi kelab haters ni, mana taknya, berlagak bawa kesana sini kan. Ingat orang lain tak ada DSLR keeeeeee ? *annoying face* 

Maybe lah, maybe k. Tak cakap semua macamtu. Tapi every time I walked no matter alone or with my boy or my friends those eyes looked at me as like I am a murderer. Fuyoooo killed 1000 people in a day. Watehek. Better watch your eyes *pegang garfu* 

Okay, okay cepat betul masa berlalu kan. Sekarang dah Form 4. Tahun depan dah Form 5. Dulu punya semangat nak habis sekolah. Serius. Rasa maca terseksa gila ada di sekolah menengah. Sekarang, sekejap je dah form 4. Jauh dari kawan kawan pulak tu. Kawan kawan boleh lah. But actually, feel dipinggirkan pun ada. Even masuk kelas Science macam tak ada makna tau. Serius tak ada makna. Tak happy, tak gila. Nak pindah jurusan, first tu best gila. Niat nak Science Streem, but then dapat Science Account. Okay fine still Science tapi niat dah tak minat ke Account tu, lepastu dah masuk Account seronok pulak lah belajar kan, dah syok belajar dapat result Account memang dapat A. Macam happy tapi subject lain tu tak ngam sangat. Langsung tak ngam pun.

Lepastu, belajar belajar. Minat sangat dengan semua subject tu tapi kenapa down. Tudia masalahnya, WHY DOWN ? Padahal serius nak sangat UP. Lepastu, tahun depan SPM. Lepastu habis sekolah. Bermula lah hidup sebagai remaja. Time tu memang orang cakap hidup susah. Susah cari kerja, susah nak buat permohonan, sebab semua benda dah mula menjadi matang. Semua benda dah berubah. BERUBAH. Semua dah jadi semakin sibuk, urusan sekolah urusan kawad, urusan semua lah. 

Yang batch kami sudah harus mula belajar kehidupan macam mana. Urusan kehidupan bukan lagi urusan ibubapa kami. Tahun ini aku tak rasa macam form 4. Memang rasa struggle gila. Tapi takboleh. Aku penat. Otak aku kena relaks, walaupun aku dah lama relaks. Serius semua dah berubah dan CEPAT GILA. 

Yang form five akan pergi ke IPTA or IPTS, pergi PLKN. Pergi kerja. Haluan masing masing, dan disitulah kehidupan baru bermula. Sedih memang sedih. Taktau kenapa, merasa yang diri ini masih belum mampu untuk menghadapi dunia yang serius. Mungkin tidak seteruk yang difikiran, tetapi bayangkan sahaja jika kita tidak berfikir kehidupan kita dari sekarang, mampukah kita munasabah diri untuk menyiapkan diri dalam kehidupan yang langsung tidak kita inginkan menjadi kenyataan ? Takat main game kalah pun teringin ulang balik. Even game tu game yang tidak ada button try again pun kita teringin untuk try again. Apatah hidup. Yang dalam dunia nyata yang kita tidak mampu bayangkan dan jadinya terbayang. 

Belum lagi ada yang sibuk nak kawin. LOL. tengok blog blog kawan yang dah dua tahun or tiga empat lima tahun lebih tua semua sibuk nak kawin, mungkin sudah tiba masa. Suatu hari time kita pula. hmm, terasa diri semakin tua. Dosa makin banyak. Pahala tak bertambah pun. Ekekeke. 

Macam mana lah nak capai cita-cita. Taknak menyesal sekarang. BTW diri dah terasa macam nak SPM tahun ni je. My otak dah get ready for SPM tahun ni, if tahun ni tak ada SPM, so otak ready tahun ni je. Tak ready untuk tahun depan. Nak pergi USA, bawah AFS, tapi belum tentu lagi. That's why nak sangat belajar nii. Hihihi. Ada duit tapi nak try mohon yang biasiswa. Kalau yang bayar baik pergi sendiri tak perlu bawah AFS kan. sebab dekat sana mesti nak beli beli semua. Betul tak if biasiswa atleast ada lah yang terbantu. Wohooo~

btw memang betul, masa cepat sangat berlalu. Tahun depan form five dan terus dah. Tuje. DAH k. DAH. Serius masa cepat berlalu. Tak dapat jadi budak kecil lagi. Hmmm.

No comments: