Monday, November 5, 2012

Editing Picture -request-

Assalamualaikum

Selamat bercuti semua pelajar PMR :D Seronok kan bercuti. Then SPM pulak datang dan wah mengerikan. Myra pun rasa banyak masa terluang so Myra cadang nak buat segmen baru lah. hihi. Ni segmen baru dimana sesiapa sahaja boleh edit gambar. 

Firstly, Myra nak cakap Myra bukan reti sangat nak edit ni. Tapi sikit sikit tu boleh lah. Lagipun ini first time buat macamni, so myra akan bagi beberapa combo untuk korang pilih nak paket yang mana. Senang je buat ni. Korang just ikut syarat, hantar, deal dan edit. Yeay ;)

Syarat-syaratnya :-
  1. Mesti hantar gambar muka anda ke Inbox Facebook Myraaaaawr
  2. Tak payah nak bagi emel atau password korang, just Myra akan send ke Inbox korang jugak *private lah ni
  3. Jangan lupa send emel yahoo/google korang. Hanya Yahoo atau Google sahaja ya. Ini untuk memudahkan kalau Myra nak tanya something. Lagi syok kalau ada twitter. Boleh letak nama twithandle dekat wall FB Myra k ;D
  4. Sebarang pembayaran hendaklah dilangsaikan dengan segera melalui account CIMB bank atau kalau yang dekat dekat tu pass-by-hand pun boleh. No problemo.
  5. Nombor account bank, nombor handphone, maklumat diri adalah diperlukan sangat sangat dalam proses ini kerana kemungkinan Myra akan banya bertanya supaya apa yang Myra buat boleh puaskan hati anda. Selepas itu, Myra janji tak akan kacau lagi. *Jika perlu
  6. Hasil gambar ini adalah diperuntukkan minimum tiga hari. Sekiranya, pada masa itu saya mendapat banyak pesanan kemungkinan akan dilakukan mengikut urutan satu-per-satu.
  7. Kalau hendak membatalkan perjanjian, sila beritahu seawal yang mungkin. Supaya Kita tidak mempunyai apa apa pertelingkahan dan pembuangan masa. Dan edit ini tidak akan dilakukan jika pembayaran tidak dilangsaikan.
p/s :
  • Saya menggunakan dua software pada masa yang sama iaitu Photoshop dan Photoscape
  • Caj tambahan akan dikenakan bagi tacap tacap pada muka, kulit dan sebagainya.
  • Harga yang diberi adalah net
  • Pastikan gambar adalah  original + jelas + tidak kabur + non edit
  • Format yang digunakan : Camera Compact, DSLR, Phone Camera, WebCam.
  • Pilihan selain Combo dibawah tidak akan dilayan

Combos :-


Combo A
- RM 15
- Camera compact

Combo B  
- RM 17
- DSLR

Combo C
- RM 10
- WebCam Laptop

Combo D
- RM 15
- Phone Camera

Addition:
  1. Facial - Tambah RM6.00
  2. Warna - Tambah RM8.00
baiklah, itu sahaja dahulu. Sebarang pertanyaan boleh cari saya di facebook dan twitter.

 Kerjasama Anda amatlah dihargai

p.s.s : ilham from AliaNrdn

No comments: