Monday, July 16, 2012

Awak...

Assalamualaikum

Lepas hari kejohanan olahraga ofkos semua sebok jadi wartawan tak berbayar untuk menceritakan tentang sukan sukan and sukan. Semua berlumba-lumba macam baru dapat dateline. Erk. Sangat menjengkelkan. Saya taknak seperti itu instead saya teringin berbuat demikina namun atas sebab sebab fizikal, rohani, emosi dan mental saya mengatakan bahawa saya tidak mahu melakukan itu semua. Jom start cerita. Awak, saya harap awak faham.

Semalam sampai je sekolah saya terus cari dia. Then perut berbunyi dangdut saya pun pergi beli roti. Disebabkan perut terlapar yang amat saya terlupa untuk membeli roti untuk dia. Takpe share pun boleh. Hihi, sampai sekolah saya dan rakan-rakan duduk di pondok. Entah apa yang kami bebelkan dia hanya meletakkan kepala di atas meja. Saya sendiri tidak faham. Mungkin dia penat sebab dia ikut acara balapan tadi. Saya rasa saya faham. Kemudiannya, saya memberi sedikit roti. Saya menyuapkannya. Saya tengok dia penat. Then saya call mama, saya cakap nak balik. Tiba-tiba mama berkata "Suruh HZ naik sekali. Mama hantar dia balik." Saya pun ikut je cakap mama. Saya cakap dekat dia "Awak, harini balik dengan mama keyy." Dia pun mengangguk. Tak lama selepas itu, saya pun byebye semua kawan dan saya bergerak ke dalam kereta. Dia pun sama.

Dalam kereta kami bercerita tentang hari sukan dan mama hantar dia sehingga depan rumah. Actually, pokok ceri pun saya tak tahu yang mana. Hahaha. Lepas hantar dia balik saya pun sambung cerita tentang tayar bas meletop kebabooom. Then balik rumah saya, mama dan adik suka melepak dekat dapur. Sejuuuk. Dan ada makanan. Hahaha. Waktu itu adik-adik takde dekat bawah. Mereka dah naik kot. Saya kurang ingat sikit time tu tapi saya ingat ianya di dapur. Mama berkata

Kan mama cakap nak renovate depan rumah kita tu. Nak renovate rumput depan tu jadi simen. Papa cakap takpayah sebab papa nak jual rumah then pindah.

Time tu saya rasa sentap gila yang amat. Saya terus terdiam. Tengah hari tersebut saya tak banyak cakap. Bergaduh je dengan adik. Kemudian petang itu, saya cakap dekat mama. 

"Mama, HZ cakapkan.. dia sedih kehilangan Mia. Hee."

Mama just pandang je. Mungkin mama faham. Saya pun diam dan tersenyum. Saya taknak tunjukkan kesedihan saya depan mama. Kemudian pada pukul 7 lebih lah kan, saya cakap yang saya nak pindah. "Awak, saya taknak kehilangan awak. Saya sayang awak." itu ayat yang aku beri kepadanya. Dia hanya hantar " :'(" je. Me menangis time tu dekat belakang mama. Mama tengah main lappy, dekat belakang mama saya menitikkan airmata. Kemudian saya cakap "Ala, tahun depan lambat lagi ;)" Saya menggembirakan hati saya. Dan ini yang dia balas. "Tinggal beberapa bulan lagi, dan awak akan tinggalkan saya, fitri, kashah dan kawan kawan awak..." Saya tak kesah pasal kawan. Saya kesah pasal awak.

Malam tu sewaktu berada di dalam kereta untuk menjemput papa di Bangi, saya tidur. Mungkin mengantuk dan stress. Selepas ambil papa, kami pergi makan. Sewaktu perjalanan ke sebuah restoren itu, saya berbincang stop berbincang dengan dia tentang kes ini. Tiba-tiba dia menghantar...

"Saya nak awak sentiasa jaga rantai tu macam awak jaga saya..." 

Time tu saya menangis lagi sekali. Saya rasa sedih yang teramat sangat. Saya menangis takboleh berhenti. Saya tahu muka saya pasti akan merah kejap lagi. Hanya alasan yang akan saya buat ialah "Tadi tidur dalam kereta tu muka merah." Sebenarnya tak. Saya menangis.

Malam tu, saya dah mengantuk gila gila. Kemudian dia telefon saya lupa pula dia ingin bergayut. Saya siap silent mode kan phone tapi boleh perasan dia call. Hahaha, whatsApp and Ubersocial saya tak dengar. Tak layan puns. Saya pun angkat. Then saya tidak tahu nak cerita apa, dan saya pun dah janji dekat dia nak cerita kenapa saya menangis... Jadi saya pun cerita dekat dia.

Sumpah saya jujur memang menangis time call dia. Biasanya saya call kawan bila saya menangis. Bagi saya dia lah kawan, dia lah kekasih, dia lah diary, dia lah pakcik guard, dia lah bank, dia lah phone saya, dia lah BFF... dia semua. Saya time tu tak dapat control dan menangis. Saya dengar dia diam je. Mungkin dia pun menangis jugak. Saya tahu dia sedih lepastu saya buat lawak bodoh. Lepas matikan phone saya terus menangis sampai pagi.

Awak, saya taknak tinggalkan awak. Tapi ini keputusan keluarga saya. Saya sayang awak. Saya sedih sangat kalau dapat tinggalkan awak. Tapi mama cakap mama akan usaha untuk menangguhkan bila tarikh pindah sebab mama faham saya. Mama cakap "Takpe. Kita pindah lambat lagi. Hafiz pun masih kecil. Tunggu dia besar lah tu. Nanti sampai KL kang dia kena buli. Kesian dia. Dahlah manja. Ingat senang ke nak pindah ? Rumah lagi, sekolah lagi... Lama lah. Jangan kita tak jadi pindah Mia putus pulak." I know mama mesti taknak tengok saya sedih.  Sebab mama baca tweet saya. Mama saya ada Twitter lah :D

Okay itu sahaja cerita saya. Kalau sambung lagi makin menangis saya. Tengok keyboard dah basah. Jap nak lap. HAHAHA. basah ni woi, sumpah tipu. Hihi. basah dekat baju and spek je. Hihi. Okay. Now nak offline. Nak iron baju, nak susun buku. Bye guys. I love youu Sayang  ♥

you + me= HIJAUBIRU ♥

Fuyoo ada muka saya lahh. Woot woot ! HAHAHAHAHA, tengok tuu tengok tuu itew punya tudung selebet. Hahaha. Muka macam nangis kan ? Mama and acik bas cakap muka saya muka menangis kalau saya menangis LAGI sedih. Jadi jangan buat saya menangis. Hihihi. I love you Awak :*

No comments: